PEMAHAMAN KONSEP MORAL

ETIKA, NILAI, DAN MORAL

Menurut R.B. Ashmore, Etika atau ethics berasal daripada kata Yunani, iaitu ethos. Maksudnya ialah adat atau kegunaan. Moral berasal daripada kata Latin, iaitu mores. Maksudnya sama dengan etika (1987).

V. Grassian (1981) mendefinisikan etika sebagai kajian falsafah tentang moral, yakni tentang kelakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial, dan ciri-ciri kehidupan yang baik.

W.K. Frankena (1973) berpendapat bahawa etika ialah falsafah moral atau pemikiran falsafah tentang kemoralan, masalah moral, dan pertimbangan moral.

Kamus Dewan (1995) mendefinisikan nilai sebagai taksiran harga. Harga sesuatu dibandingkan dengan harga benda yang lain, darjat, kualiti, mutu, taraf, dan sifat ketinggian. Contoh-contohnya ialah agama, pemikiran, kemasyarakatan, dan sebagainya.

Eow (2001) menyatakan bahawa istilah nilai moral dan nilai etika biasanya digunakan bersama dengan erti baik atau betul dan bertentangan dengan ketiadaan moral (immoral) atau ketiadaan etika (unethical).

Namun demikian, kita juga sentiasa menyebut masalah moral, pertimbangan moral, kod moral, perbahasan moral, pengalaman moral, kesedaran moral, pandangan moral, dan sebagainya. Di samping itu, etika juga digunakan sama dengan cara itu. Hal ini menyebabkan moral dan etika tidak lagi bermaksud baik atau betul, tetapi berhubung kait dengan moral dan etika yang bertentangan dengan non-moral atau non-ethical. Sehubungan itu, selari dengan immoral dan unethical.

Eow menambah bahawa istilah morality ada kalanya digunakan sebagai bertentangan dengan immorality. Kita bukan sahaja mengatakan perkara utama kemoralan ialah kasih sayang malahan juga merujuk istilah itu mempunyai kaitan tetapi berbeza daripada seni, sains, perundangan, adat resam, dan lain-lain. Hal ini mendorong kita bertanya, “Apa itu kemoralan?” atau “Bagaimana moral berkait dengan agama?”

Oleh sebab itu, kemoralan merupakan alat bagi sesuatu masyarakat untuk memimpin individu dan kumpulan kecil dalam kehidupan mereka. Alat tersebut perlu diguna pakai oleh mereka yang dimaksudkan. Kemoralan bukan sahaja satu institusi kehidupan sosial malahan juga sesuatu yang membantu membimbing kendiri atau penentuan kendiri secara rasional dalam kalangan masyarakat.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: