CIRI PENULISAN

BENTUK

Bentuk penulisan dapat dilihat dalam pelbagai sudut pandangan. Pertama, ada yang panjang dan ada yang pendek. Kedua, ada prosa dan ada puisi. Ketiga, ada deskriptif dan ada kreatif.

Prosa ialah karangan yang ditulis berperenggan-perenggan. Puisi ialah karangan yang ditulis berangkap-rangkap.

Penulisan deskriptif mengandungi huraian,gambaran, penilaian, dan kesimpulan tentang fakta. Penulisan kreatif melibatkan gubahan fikiran.

JENIS

Penulisan terbahagi kepada banyak jenis. Anda boleh menulis berita, esei, komentar, surat, dan sebagainya. Jika anda kreatif, bolehlah menulis cerpen,novel, dan drama. Di samping itu, anda juga boleh menyusun pelbagai jenis puisi. Jika anda kreatif, bolehlah menulis pantun, syair, gurindam, dan lirik. Ada banyak lagi jenis penulisan selain daripada yang dicontohkan.

BIDANG

Bidang penulisan mencakupi semua disiplin ilmu. Anda boleh menulis apa-apa sahaja dalam bidang yang dikuasai atau minati. Oleh sebab itu, ada orang menulis tentang politik, sejarah, ekonomi, bahasa, kemasyarakatan, motivasi, dan pelbagai bidang lain.

KESIMPULAN

Sekarang anda telah memiliki maklumat berguna tentang bentuk, jenis, dan bidang penulisan. Tiap-tiap seorang daripada kita mempunyai pengalaman dalam satu atau lebih disiplin ilmu. Ilmu yang dikuasai bukan sahaja perlu digunakan malahan juga disebarkan. Hakikatnya, ilmu boleh disebarkan dengan pantas melalui buku. Oleh sebab itu, tulislah buku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: