BAGAIMANA MENJADI PENULIS?

Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh golongan bukan penulis terhadap bidang penulisan. Isu yang paling banyak diperkatakan adalah menulis merupakan satu proses yang amat sukar untuk dilaksanakan. Kedua, seseorang memerlukan bakat untuk menjadi penulis. Ketiga, menulis memerlukan masa yang panjang. Keempat, aspek penting dalam penulisan ialah ilham. Tanpa kehadiran salah satu daripadanya, seseorang akan menghadapi kesukaran untuk muncul sebagai penulis.

Kesukaran, masa, bakat, dan ilham bukanlah alasan yang boleh diterima begitu sahaja. Kata orang tua-tua, “Alah bisa, tegal biasa.” Kata orang bijak pandai, “Hanya orang yang sibuk mempunyai masa.” Bakat boleh dipupuk dan dibaja. Ada perkara lain yang boleh menggantikan ilham. Sehubungan itu, kesemua yang disebutkan itu bukan masalah. Masalah terletak dalam diri kita. Pertanyaan yang relevan ialah, “Kita mahu menulis atau tidak?”

Kita akan menulis jika kita mahu. Kemahuan menentukan seseorang itu menjadi penulis atau tidak. Kemahuan akan mendorong seseorang berbuat apa-apa sahaja demi mencapai sesuatu yang dihajati. Apa yang mesti kita buat untuk menjadi penulis?

Kemahuan akan menerbitkan semangat. Semangat menjadi pendorong kepada seseorang untuk melakukan sesuatu dengan cekal dan tabah. Susah payah akan dirempuh. Hanya dengan cara itu kejayaan boleh dicapai. Tanyalah sesiapa pun, tiada jalan pintas untuk mencapai kejayaan.

Aspek penting dalam penulisan ialah idea. Idea mesti dikumpul sebanyak-banyaknya untuk menyiapkan satu tulisan. Tiada sesiapa pun yang boleh menulis tanpa idea, bukan tanpa bakat dan ilham. Kita tidak dapat mengumpul idea jika tidak dicari. Persoalan tentang mencari, mengumpul, dan mencerna idea akan diterangkan kemudian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: