PILIHAN DI TANGAN ANDA

Hakikat yang perlu diterima oleh semua orang ialah sesiapa juga yang boleh membaca boleh menulis. Berdasarkan kenyataan ini, hanya orang yang buta huruf tidak boleh menulis. Walau bagaimanapun, dia masih boleh bercakap, mengeluarkan pendapat, memberi maklumat, dan bercerita kepada orang lain. Kesemua yang dibuatnya itu boleh ditulis oleh orang lain. Buku masih boleh diterbitkan hasil transkripsi perbualan yang disampaikan secara lisan oleh seseorang. Hebat alam persuratan ni.

Bersandarkan kenyataan di atas, anda sendirilah yang menentukan sama ada anda ingin menulis atau tidak. Pilihan memang di tangan anda. Jika anda tiada niat untuk menulis langsung, tidak payahlah membuang masa untuk mengikuti tulisan ini. Anda mungkin diperlukan di tempat lain atau siapa tahu anda boleh menjadi penerbit buku atau taukeh kilang kertas atau pembeli surat khabar lama. Tiap-tiap seorang daripada kita ada tugas dan tanggungjawab masing-masing. Laksanakanlah tugas dan tanggungjawab itu sebaik mungkin.

Jika anda berniat untuk menulis, anda perlu ada misi dan visi. Anda akan bertolak dari misi dan visi itu untuk mencapai objektif dan matlamat dalam hidup anda sebagai penulis. Mungkin anda bermaksud untuk menyebarkan ilmu kepada sebanyak mungkin insan di dunia ini dengan harapan mereka bersama-sama anda membangunkan tamadun yang hebat pada abad ini.

Kalau demikian azam anda, kuatkan semangat, dan terus berjuang. Ambil pena dan teruslah menulis tentang sesuatu. Sesuatu itu apa? Anda pilihlah sendiri sama ada hendak menulis secara deskriptif atau kreatif; sama ada prosa atau puisi; sama ada esei, cerpen, novel, drama, atau sajak; dan sebagainya. Jangan lupa bentuk, jenis, dan bidang penulisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: