IDEA DALAM PENULISAN

KUMPUL DAN SIMPAN

Idea ialah nyawa penulisan. Tanpa idea anda tidak mungkin dapat menulis tentang apa-apa pun. Langkah pertama dalam penulisan adalah menetapkan tajuk. Tajuk yang anda pilih hendaklah terdiri daripada tidak lebih lima perkataan.

Langkah kedua adalah mengumpul idea. Idea dikumpul dalam bentuk kata kunci. Kata kunci terdiri daripada satu perkataan sahaja. Tulis apa-apa jua kata kunci yang terlintas dalam fikiran anda tanpa mengambil kira perkataan itu relevan atau tidak dengan tajuk penulisan anda. Tulis dengan segera sebelum anda terlupa. Idea tidak datang lebih daripada sekali.

Langkah ketiga adalah simpan idea anda dalam folder khas komputer peribadi anda. Namakannya Master Folder. Semua kata kunci anda simpan di sini. Tak kiralah banyak mana sekalipun. Lebih banyak lebih bagus.

CERAKIN IKUT KATEGORI

Buka Master Folder anda. Ambil kata kunci yang berkaitan dengan tajuk penulisan anda. Satu kata kunci boleh berdiri sendiri sebagai satu kategori. Jika perlu cantum dua atau tiga perkataan menjadi satu kategori. Namakan kategori itu sebagai K1, K2, K3, dan seterusnya. Susun kategori itu mengikut urutan. Misalnya K2, K4, K1, K3, dan K5.

Sesudah ketetapan itu dibuat, anda bolehlah mula menulis. Gunakan kreativiti anda untuk membentuk ayat demi ayat; perenggan demi perenggan; bab demi bab; sehinggalah menjadi sebuah rencana, kertas kerja, tugasan, buku, dan sebagainya.

Bunyinya mudah. Mampukah semua orang melakukannya? Jangan rendahkah kebolehan anda. Anda boleh selagi mahu. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Pegang kata orang tua-tua Melayu itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: