WAJAH FOLDER BUKU ANDA

Saya telah menerangkan bahawa langkah pertama dalam penulisan adalah mengumpul idea dalam bentuk kata kunci untuk disimpan dalam Master Folder. Langkah kedua adalah memindahkan kata kunci itu ke dalam Folder Buku dengan mengisi huraian yang diambil dari suatu sumber dan nyatakan sumber itu dengan jelas. Wajahnya akan berbentuk begini:

keris

One central issue that continued to undermine support for BN – and which was used to good effect by the opposition at their rallies – was the unsheathing of the Malay keris by Education Minister Hishammuddin Hussein at the dominant United Malays National Organization (UMNO) general assembly.
(hlm. 9)

Ooi Kee Beng. (2008). “The opposition’s year of living demonstratively”. Dalam Ooi Kee Beng, Johan Saravanamuttu, dan Lee Hock Guan (pnyt.), March 8 eclipsing May 13. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, hlm. 6-32.

Parti Perikatan

Kemantapan gabungan Parti Perikatan dalam proses politik terbukti dengan prestasi yang memberangsangkan pada Pilihan Raya Majlis Undangan Persekutuan 1955. Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. (hlm. 7)

Muhamad Nadzri Mohamed Noor. (2009). Politik Malaysia di persimpangan: praktik politik dalam PRU 2008 dan kontemporari. Petaling Jaya: Strategic Information and Research Development Centre.

epik kebangsaan

Satu-satunya epik kebangsaan ialah Hikayat Hang Tuah. Dalam karya tersebut, Hang Tuah digambarkan sebagai pahlawan Melayu yang gagah perkasa dan setia kepada rajanya. Watak ini terus diingati hingga kini. (hlm. 36)

Harun Jaafar. (2008). HBML 4203: kesusasteraan Melayu dan KOMSAS. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.

Penjelasan:

(1) Kata kunci ‘keris’ dan ‘Parti Perikatan’ sesuai untuk buku politik.
(2) Kata kunci ‘epik kebangsaan’ sesuai untuk buku kesusasteraan.
(3) Jika anda ada dua set kata kunci yang memadai untuk kedua-dua bidang itu, tidak mustahil anda boleh menulis dua buah buku dalam satu tempoh masa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: