ANDA SUDAH BERSEDIA MENJADI PENULIS?

Setelah mengikuti penerangan yang diberikan, adakah anda telah bersedia untuk menjadi penulis? Ada dua kategori penulis, iaitu penulis sambilan dan penulis sepenuh masa.

Penulis sambilan mempunyai pekerjaan tetap. Mereka menulis untuk mendapat wang tambahan. Penulis sepenuh masa menyara hidup dengan menulis.

Anda perlu mengetahui bahawa hasil penulisan anda seperti sajak, cerpen, novel, dan rencana yang tersiar dalam akhbar akan dibayar oleh penerbit. Buku tulisan anda yang diterbitkan juga mendatangkan wang. Jika anda menjual karya itu kepada penerbit, anda akan hanya mendapat wang sekali sahaja. Jika anda membuat perjanjian dengan penerbit untuk mendapatkan royalti, anda akan dibayar royalti. Jumlah royalti bergantung kepada perjanjian yang anda tangani. Anda akan dapat royalti selagi karya anda terjual dan untuk tempoh tertentu setelah anda meninggal dunia. Pewaris anda akan menerima royalti tersebut.

Banyak wang dalam industri buku di Malaysia. Menulislah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: