PERANCANGAN MENULIS

Pengarang yang baik membuat perancangan yang teliti sebelum menulis. Langkah-langkah yang perlu dijalankan adalah seperti yang berikut:

(1) Tajuk dan Konsep Karya

Mestilah berpijak di bumi nyata. Tahu kepada siapa karya itu ditujukan. Tahu matlamat karya tersebut. Perlu jelas tentang perlakuan yang dikehendaki apabila seseorang membaca karya yang anda tulis.

(2) Siapa Pembaca Karya Anda?

Tentukan siapa, berapa umurnya, apa jantinanya, dan apa kerjayanya. Remaja perempuan sukakan dirinya. Remaja lelaki menggemari visual. Wanita dewasa menggemari ketrampilan. Lelaki dewasa meminati pengembangan kerjaya. Pengetahuan tentang hal ini memudahkan penulis menggunakan kaedah penulisan yang perlu digunakan.

(3) Berapa Halaman Karya Anda?

Penulis yang berdisiplin biasanya menetapkan jumlah halaman karyanya. Jumlah halaman akan disesuaikan dengan jumlah hari menulis. Katakan karya itu berjumlah 120 halaman. Penulis hendak menyiapkannya dalam tempoh 4 bulan. Dalam masa 30 hari dia mesti menulis 30 halaman. Jika dia tidak menulis 1 hari, hari berikutnya dia terpaksa tulis 2 halaman. Jika tidak, karyanya lambat siap. Kepatuhan kepada tatacara ini membolehkan penulis menulis 3 buah buku setebal 120 halaman dalam tempoh setahun.

(4) Tarikh Akhir Karya Siap

Penulis yang baik memberi komitmen kepada karyanya. Hal ini sangat penting bukan sahaja kepada penulis sendiri malahan juga penerbit dan pembaca. Kita akan membicarakan hal ini dalam bahagian teknik membuat Pelan Operasi Penulisan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: