PENGALAMAN

Semua orang mempunyai pelbagai pengalaman. Kepelbagaian pengalaman itu menjadi eset penting untuk kita menulis. Kita dapat menulis dengan baik berdasarkan pengalaman kerana aspek itu dekat dengan diri kita. Hal itu menjadikan kita lebih ghairah untuk bercerita.

Seseorang yang menulis dengan ghairah akan bercerita dengan hati yang ikhlas. Penceritaannya lancar, prihatin, berfokus, dan mendalam.

Pembaca yang membaca karya itu akan berasa seronok kerana idea yang dilontarkan penuh makna dan praktikal.

Sebaliknya, seseorang yang menulis sesuatu di luar dari pengalamannya akan menyebabkan lontaran ideanya tersekat-sekat dan lompong di sana sini. Hakikatnya, bolehkah seorang pemain bola keranjang bercerita dengan baik tentang sepak takraw?

Gunakan pengalaman anda untuk berkisah dalam buku anda sama ada menurut perspektif kerjaya, perspektif hobi, perspektif kemahiran, perspektif peristiwa, atau perspektif kisah hidup.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: