PENYELIDIKAN

Pengarang perlu peka terhadap situasi dan kehendak pembaca semasa. Kedua-dua aspek itu boleh didapati melalui penyelidikan. Indikator berikut boleh digunakan untuk mengesan trend pembaca:

(1) Isu Terhangat Masa Kini dan Akan Datang

Lihat isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Dalam era kegawatan ekonomi sekarang ini, orang suka memikirkan cara mudah untuk membuat duit. Buku-buku tentang perkara itu laris di pasaran. Oleh sebab itu, tulislah buku tentang buat duit dari rumah, buat duit melalui internet, dan MLM.

Jika tiga empat bulan lagi akan diadakan pilihan raya umum, tulislah buku tentang kepimpinan, politik pelbagai kaum, pemilihan pemimpin, dan sebagainya.

(2) Melihat Carta Terlaris Tempatan / Antarabangsa

Lihat carta buku terlaris di MPH Bookstores dan Popular Bookstores untuk mengetahui trend pembacaan mengikut kawasan, jantina, dan sebagainya.

Lihat Amazon.Com dan PublishersWeekly.com untuk mengetahui hal yang sama pada peringkat antarabangsa.

Maklumat sahih itu memberi petunjuk kepada pengarang untuk menghasilkan karya yang diminati pembaca.

(3) Sisipan

Jangan penuhkan karya anda dengan fakta sahaja. Sisipkan dengan cerita-cerita supaya lebih menarik. Ambil kisah-kisah dalam al-Quran, cerita-cerita rakyat, dan sebagainya. Adunan fakta dan kisah akan menyegarkan pembacaan sesebuah karya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: