KAEDAH MENERBITKAN BUKU

Anda boleh memilih untuk menerbitkan sendiri karya yang ditulis atau menyerahkannya kepada penerbit. Jika anda memilih kaedah pertama, anda mempunyai kuasa penuh terhadap karya, boleh menerbitkannya dengan cepat kerana kita yang mengawal prosedur penerbitan, dan perlu menanggung semua dana dalam proses penerbitan. Di samping itu, anda perlu mengedar sendiri dan sanggup menanggung risiko walaupun keseluruhan karya adalah hak anda.

Jika anda memilih kaedah yang kedua, anda perlu mencari penerbit dan mendapatkan semua butiran pentingnya. Selepas itu, klasifikasikan karya anda. Karya kreatif wajib dihantar kepada penerbit yang fokusnya menerbitkan karya berbentuk fiksyen. Setelah kategori karya telah ditetapkan, hubungi penerbit melalui surat atau datang ke pejabat mereka untuk berbincang. Jangan lupa sertakan kertas cadangan penulisan buku untuk memudahkan mereka memberi maklum balas.

Setelah dipersetujui sama ada dengan cadangan tambahan atau tidak, minta komitmen mereka supaya penulisan anda tidak sia-sia. Jika penerbit pertama yang anda jumpa menolak, baharulah beralih kepada penerbit yang kedua.

Apabila komitmen penerbit diperoleh, baharulah mula menulis. Pastikan anda mematuhi tempoh yang dipersetujui kerana sesuatu kategori buku ada musimnya. Jika buku yang ditulis terlepas musimnya, kenalah tunggu musimnya yang akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: