HAK CIPTA

Hak cipta merupakan perlindungan yang diberikan undang-undang kepada pencipta sesuatu karya asal, sama ada harya kreatif, drama, muzik, seni, dan lain-lain. Perlindungan itu meliputi karya yang sudah dan belum diterbitkan. Melalui undang-undang itu, pencipta beroleh hak eksklusif untuk tempoh yang tertentu. Hak tersebut terdiri daripada hak ekonomi dan hak moral.

Harus diingat bahawa undang-undang hak cipta hanya melindungi pernyataan ataupun penzahiran idea, bukannya idea.

Penulisan termasuk dalam bisnes yang memberi pulangan kepada pencipta yang menghasilkannya. Oleh sebab itu, hak ekonomi akan memastikan pengkarya dan penerbit memperoleh wang atau benda hasil aktiviti mereka.

Selain itu, hak moral memberi pengiktirafan kepada pengkarya yang memiliki sesuatu karya. Sehubungan itu, pengkarya boleh menggunakan namanya pada karya, membuat pindaan, menghalang karya diterbitkan, dan mengemukakan reaksi terhadap kritikan yang dibuat terhadap karyanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: