SUMBER PENDAPATAN DALAM DUNIA PENULISAN

Sumber pendapatan dalam dunia penulisan datangnya daripada:

(1) Penjualan Karya

Pengarang boleh menjual karya mereka kepada penerbit. Melalui penjualan karya, pengarang memperoleh pendapatan dengan cepat. Pengarang akan dibayar antara RM2,000.00 hingga RM15,000.00 bagi sebuah karya. Jumlah itu bergantung kepada persetujuan antara pengarang dengan penerbit. Walaupun memperoleh wang dengan cepat, anda perlu menerima hakikat bahawa jumlah yang dipersetujui itu diperoleh sekali sahaja, tidak kiralah berapa kali sesebuah karya itu diulang cetak.

(2) Royalti

Royalti diperoleh dengan cara memberikan lesen penerbitan sesebuah karya kepada penerbit. Pemberian royalti berbeza antara sebuah penerbit dengan penerbit yang lain. Penerbit A membayar royalti 10% daripada harga atas buku. Penerbit B membayar royalti 15% daripada harga diskaun. Penerbit C dan D mungkin ada cara yang berlainan untuk membayar royalti. Di samping itu, pembayaran royalti juga berbeza antara sebuah penerbit dengan sebuah penerbit yang lain. Ada yang membayar secara bulanan. Ada yang membayar tiap-tiap suku tahun. Ada yang membayar setahun sekali.

(3) Pelesenan Hak Cipta ke Luar Negara

Penerbit karya kita di Malaysia memberi lesen hak cipta kepada penerbit luar negara. Dengan cara ini karya kita memasuki pasaran global. Pendapatan yang diterima pengarang adalah dalam bentuk royalti. Peratus royalti yang dipersetujui mungkin dibahagikan 30% untuk penerbit dan 70% untuk pengarang.

(4) Ceramah dan Seminar

Pengarang yang telah menerbitkan buku dibayar apabila dipanggil untuk memberi ceramah atau menghadiri seminar. Lebih tinggi kredibiliti seseorang pengarang, lebih lumayanlah bayaran yang diterimanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: