PEMASARAN BUKU SECARA TRADISIONAL

Ada 4 kaedah, iaitu:

(1) Diskusi Buku

Diskusi buku memperkenalkan buku kepada pasaran. Biasanya dianjurkan oleh penerbit, kedai buku, dan organisasi tertentu. Pengarang perlu menghadirinya. Kesan jualan buku bergantung kepada ramai peserta yang hadir, daya tarikan pengarang, dan daya persuasif yang tinggi.

(2) Pemasaran dalam Kedai dan Pameran

Penerbit memasarkan buku di kedai dan membuka gerai di pesta buku. Untuk melariskan jualan, pengarang perlu hadir dalam program pemasaran sama ada di kedai mahupun di pesta buku.

(3) Pemasaran melalui Media

Muncul di radio, akhbar, majalah, dan televisyen membuka ruang untuk masyarakat mengenali pengarang. Pengarang perlu menggunakan keistimewaan ini untuk menarik pelanggan melalui persembahan yang meyakinkan.

(4) Ceramah dan Seminar

Dua aktiviti ini membolehkan pengarang menjana wang. Sebagai selebriti, mereka dibayar antara RM200.00 sejam hingga RM5,000.00 sejam. Pengarang yang mempunyai banyak buku akan dibayar lebih tinggi daripada pengarang hanya mempunyai satu dua buah buku.

Pengarang perlu berusaha untuk menjadi pengarang mapan jika berhasrat menjana banyak wang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: