PEMASARAN KONTEMPORARI

Ada 4 kaedah yang sering digunakan, iaitu:

(1) Blog / Laman Web

Pengarang perlu menyediakan ruang untuk berkongsi maklumat dan aktiviti terbaru dengan pelanggan atau pembaca. Ruang yang paling efektif ialah blog peribadi. Pengarang memilih topik yang sesuai dengan karya bagi mewujudkan interaksi dua hala dengan pembaca, pelanggan, atau peminat.

(2) Google Book Search

Ruangan ini disediakan oleh Google Inc. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan buku secara online. Ruangan ini membenarkan para pengunjung memaparkan buku secara penuh, separuh, atau mengikut ketentuan yang dikehendaki olah pihakyang memasukkannya. Ciri keselamatan ruangan ini terjamin. Tiada sesiapa pun yang boleh memuat turun atau mencetak buku yang dipaparkan. Kaedah ini mampu melariskan jualan buku.

(3) Web TV

Ruang teknologi terkini yang boleh digunakan ialah web tv. Melaluinya tayangan video, pengarang boleh memperkenalkan diri, bercerita tentang buku terbaru, atau menyampaikan maklumat tentang projek penulisan terbaru. Khidmat ini disediakan oleh YouTube, LiveLeak, dan Google Video.

(4) Laman Jualan

Dua bentuk laman jualan yang sering digunakan ialah surat jualan dan kedai buku online. Cara ini digunakan untuk memasarkan buku secara berkesan tanpa melibatkan orang tengah. Sila kunjungi laman-laman berikut untuk menyaksikannya:

(a) http://www.e-kedai.net;

(b) mphonline.net; dan

(c) http://www.bookcafe.com.my

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: