PRINSIP ASAS NILAI

Fakta utama:

Moral adalah suatu nilai tetapi bukan semua nilai itu adalah moral.

Ciri-ciri nilai

(1) Nilai ditonjolkan secara lisan atau menerusi perlakuan individu dalam sesuatu kumpulan.

Seseorang yang mempunyai nilai tanggungjawab akan menunjukkan nilai itu dalam pertuturan dan perlakuannya; mempertahankan nilai itu pada dirinya; dan mengkritik orang lain yang tidak bertanggungjawab.

Nilai dianggap sebagai suatu benda atau perkara yang boleh dilihat. Dari segi harga, nilai boleh dikira secara aritmetik. Dari segi dalaman, nilai mempunyai kualiti intrinsik yang boleh dirasai dalam pemikiran kita.

Oleh sebab itu, nilai boleh didapati dalam kemoralan. Sebenarnya moral ialah sejenis nilai, tetapi bukan semua nilai itu adalah moral.

Nilai boleh berubah tetapi tetap stabil dalam kehidupan seseorang dan masyarakat. Nilai kejiranan berbeza bagi masyarakat kampung dan bandar tetapi masih wujud.

Sesuatu nilai ada kalanya berbeza antara seseorang dengan seseorang atau sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain.

Namun demikian, nilai yang terbaik ialah nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Nilai-nilai ini dianggap sempurna dan perlu diikuti oleh semua individu. Nilai baik dalam agama diajar; disuruh melakukannya; dan dijanjikan dengan pembalasan syurga. Manakala nilai jahat ditegah melakukannya dan dijanjikan pembalasan seksaan dan neraka.

FUNGSI-FUNGSI NILAI

(1) Sebagai satu kriteria atau piawai yang konsisten

Tujuannya adalah untuk membolehkan individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul, dan boleh diterima. Sehubungan itu, fungsinya adalah untuk membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral.

Apabila seseorang patuh kepada Akta Rasuah Seksyen 17 (4) April 1997, dia tidak akan menerima dan memberi rasuah.

(2) Sebagai satu tunjuk arah, rujukan, dan panduan untuk menyelesaikan konflik moral

Dalam keadaan tertentu, nilai mungkin berkonflik. Namun, keutamaan nilai seseorang akan membantunya menyelesaikan masalah. Jika seseorang berpegang kepada nilai sayang kepada nyawa, dia tidak akan mengancam nyawa sesiapa pun, termasuk nyawanya sendiri.

(3) Sebagai batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipegangnya.

Pepatah Cina mengatakan bahawa, “Hormati ibu bapa sendiri dan ibu bapa orang lain, layani anak orang lain seperti kita melayani anak kita sendiri”. Apabila kita menghayati nilai hormat-menghormati dan kasih sayang, kita akan mengikuti kehendak nilai ini terhadap diri sendiri, ahli keluarga, dan orang lain.

PERBEZAAN ASAS NILAI ETIKA

Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara atau konteks dalam menggunakan sesuatu nilai.

(a) Nilai yang digunakan untuk menunjukkan hubungan antara nilai
(i) Nilai Instrumental/Ekstrinsik
(ii) Nilai Intrinsik

(b) Nilai yang digunakan untuk menunjukkan pandangan seseorang terhadap nilai
(i) Nilai Subjektif
(ii) Nilai Objektif

(c) Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai
(i) Nilai Relatif
(ii) Nilai Absolute/ Mutlak

Nilai Instrumental (Ekstrinsik dan Intrinsik)

Ektrinsik

(i) Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat
Contoh: Mengebom Hiroshima untuk menamatkan Perang Dunia Kedua.

(ii) Bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu
Contoh: Menghukum bunuh pengedar dadah untuk menghapuskan pengedaran dadah.

(iii) Nilai peringkat kedua
Contoh: berani, rajin, dan hormat-menghormati.

Intrinsik

(i) Kualiti yang diterima atau ditolak semata-mata kerana baik atau buruk tanpa mengira kesannya
Contoh: Ali amat menghormati dan mentaati ibu bapanya.

(ii) Tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamat
Nilai tersebut yang berfungsi sebagai matlamat akhir
Contoh: Hakim hukum gantung sampai mati seorang pengedar dadah kerana kewajipannya.

(iii) Nilai peringkat pertama
Contoh: baik hati, kasih sayang, dan keadilan.

Nilai Subjektif dan Objektif

Subjektif

(i) Kualiti yang diterima atau ditolak seseorang yang memberikan pandangan
Contoh: Ada segolongan rakyat Amerika Syarikat tidak suka Barack Obama.

(ii) Diterima atau ditolak mengikut pandangan individu
Contoh: Pak Abu berpendapat maklumat dalam blog berbentuk fitnah.

Objektif

(i) Kualiti yang bernilai atau sebaliknya yang bebas daripada pilihan peribadi
Contoh: Peperangan adalah satu tragedi yang dahsyat.

(ii) Diterima atau ditolak berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui semua orang
Contoh: Buruh kanak-kanak adalah satu kezaliman yang mesti dihapuskan.

(iii) Diterima atau ditolak berdasarkan pernyataan yang diberikan individu atau pihak berautoriti
Contoh: Ketua Polis Negara menasihatkan pemandu supaya berhati-hati di jalan raya.

Nilai Relatif dan Mutlak

Relatif

(i) Nilai yang diterima/ditolak oleh peraturan/masyarakat untuk mencapai matlamat
(tidak sempurna/tidak tertentu/berbeza-beza antara masyarakat yang berlainan)
Contoh: Keluarga di Kuala Lumpur dibina melalui perkahwinan, tidak begitu di California.

Mutlak

(i) Nilai yang berharga tidak terikat oleh kebiasaan/telah terbukti/kekal menjadi norma masyarakat
Contoh: Hidup berkeluarga adalah satu amalan kehidupan yang baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: